1. “Dia Tidak Senang Duduk" - Sesetengah wanita biasanya akan
menunjukkan petanda awal yang tidak begitu jelas dan kemudian
mengharapkan anda untuk mengambil alih peranan seterusnya. Jika anda
berjaya mengesan petanda ini, hanya sedikit usaha mampu membuahkan hasil
kerana 'pintu'nya telah terbuka untuk anda. Biasanya tanda-tanda awal
ini ditunjukkan dengan berjalan
mundar-mandir di belakang anda atau tidak sengaja terlanggar bahu sambil
menjeling manja. Walaupun dia sekadar mengatakan 'Maaf!', itu adalah
petanda yang perlu diberi tindakan segera.
2. "Tunjuk Minat" -
Sewaktu berbicara dengannya, walaupun anda memperkatakan hal tidak
munasabah, dia masih memberi komen membina. Setiap isu yang anda
timbulkan mendapat sokongan daripadanya. Sama ada anda memang pandai
berbicara atau dia menaruh minat mendalam terhadap anda. Lebih jelas
lagi jika dia memainkan rambut sambil tersenyum manja setiap kali ber
bicara. Jika anda kurang yakin dengan maksud tersirat yang cuba disampaikan, dapatkan pandangan rakan yang ada bersama anda.
3. "Anda Diperkenalkan Kepada Rakannya" - Bermakna anda telah diterima
masuk dalam kehidupannya. Salah satu sebab anda diperkenalkan adalah
untuk memberitahu rakan-rakannya: 'Ini aku punya', dan satu lagi sebab
ialah untuk mereka menilai diri anda. Jadi pastikan anda turut mengambil
hati rakan-rakannya, namun jangan sampai dia cemburu.
No comments:
Post a Comment