Proses Seorang Wanita Untuk Alami Orgasme - Perasaan orgasme bagi
wanita adalah berbeza – beza mengikut individu. Ia di buktikan seorang
pengkaji yang membuat kajian terhadap ribuan wanita mengenai orgasme dan
beliau memperoleh ribuan jawapan yang berbeza apabila dia bertanya apa
yang wanita rasa ketika mereka alami orgasme.
Walaupun rasa orgasme adalah berbeza,
proses untuk seseorang wanita itu mencapai orgasme adalah sama bagi
setiap dari mereka. Berikut adalah proses umum bagaimana seorang wanita
alami orgasme.
Semua wanita akan alami orgasme apabila mereka
di rangsang secara emosi dan fizikal. Jika wanita itu hanya di rangsang
secara fizikal, dirinya amat susah untuk alami orgasme dan jika dia
alami pun, orgasme itu tidak beri apa – apa kesan pada dirinya.
Apabila seorang wanita di rangsang secara emosi sehinggakan wanita
tersebut rasa teringin untuk melakukan hubungan seks, fizikal wanita
terbabit secara automatik akan bersedia untuk lakukan hubungan seks.
Darah akan mengalir dengan deras ke kawasan seksual seperti pinggul,
vagina, mulut, payudara, bahagian dalam peha, perut dan sebagainya. Di
sebabkan itu, sel – sel seksual akan sensitif pada sentuhan dan wanita
akan terangsang apabila anda meraba – raba di kawasan yang terkumpulnya
sel – sel seksual seperti di klitoris, dalam vagina, bahagian dalam peha
dan payudara.
Apabila seorang wanita di rangsang secara
berterusan, perasaannya akan meletup lalu dia akan alami orgasme.
Orgasme adalah gerakan otot di kawasan faraj. Otot bergerak dengan
berirama dan perasaan ketika itu sangat nikmat.
Biasanya tempoh
seorang wanita mengalami orgasme adalah selama beberapa saat sahaja.
Kemudian, wanita itu akan rasa keletihan, damai dan rasa sangat selesa.
Ada wanita boleh orgasme berkali – kali dalam masa yang sama. Maksudnya
selepas alami orgasme kali pertama, dia akan alami orgasme kedua
beberapa saat selepas orgasme kali pertama. Tempoh orgasme boleh
meningkat sehingga 20 saat jika wanita tersebut benar – benar
terangsang.
Apabila seorang wanita alami orgasme, darah – darah
yang terkumpul di bahagian seksual akan terus mengalir ke seluruh badan
dan ia akan menyihatkan badan kerana melancarkan aliran darah. Bagi
wanita yang tidak alami orgasme ketika melakukan hubungan seks, darah
akan terkumpul di bahagian di seksual dalam masa yang lebih lama.
Akibatnya, fizikal badan akan terjejas.
No comments:
Post a Comment