Pages

Wednesday, October 9, 2013

Petua Untuk Mengekalkan “Kedaraan” Selepas Bersalin

1. Menurut petua orang tua-tua di sebelah pantai Timur, pada malam pertama selepas bersama suami, mereka menyarankan kepada bakal pengantin agar membasuh alat sulit dengan menggunakan air ramasan sirih untuk menolak angin dari dalam faraj ke luar. Selain itu daun sirih juga dikatakan boleh berguna untuk mencuci alat sulit selepas datang haid.

2. Selain itu, keremajaan dan kejelitaan wanita dipercayai boleh dikekalkan dengan mengamalkan ulam. Daun legundi, daun bebuas, pucuk kaduk, daun mengkudu, pucuk belantas, cekur, daun serindit burung, ulam raja, daun selom, mata kunyit, temu kunci dan peria adalah tumbuhan yang patut dijadikan santapan harian. Temu kunci dipercayai berkhasiat mengembalikan kedaraan wanita selepas bersalin. Segala maklumat mengenai pelbagai khasiat tumbuh-tumbuhan ini terkandung di dalam “Kitab Tib Melayu Lama” yang berusia lebih daripada 500 tahun yang kini disimpan di Arkib Negara.

Menurut kitab tersebut, pada malam Isnin dan malam Khamis, disarankan memakan daun legundi dan daun inai. Pada malam lain, lain pula ulamnya. Orang dulu-dulu tidak menerangkan khasiatnya secara jelas tetapi berkias. "Orang beranak banyak kali tetapi biar seperti kain basuh sekali". Maksudnya, biar berapa kali beranak pun, kewanitaan tetap akan terpelihara seperti waktu mula bersama. Umpamakan diri seperti kain, jika dibasuh berkali-kali, tentu luntur warnanya, tetapi dengan mengambil ulam-ulam ini, kewanitaan akan kekal lama.

3. Akar inai juga juga bagus dijadikan tasak untuk mengemaskan rahim bagi mereka yang lepas bersalin. Mereka yang ingin dapat anak lambat selepas berkahwin ataupun menjarangkan anak, boleh juga mengamalkannya. Caranya, ambil 9 urat akar, rebus dan minum ½ cawan, 2 kali seminggu. Jika ingin berehat setahun daripada bersalin, amalkan sepanjang tempuh itu.

No comments:

Post a Comment