Jika isteri anda sedang menangis sambil mulutnya membebel kerana sikap
anda yang menyakitkan hatinya, anda jangan cepat panik. Tarik nafas
sedalam-dalamnya dan kemudian hembus. Ulangilah sebanyak mana yang anda
mampu agar anda berasa tenang.
Kemudian, baharulah anda mula ketawa
sebagai bukti yang anda sudah bersedia untuk membuatkannya gembira
ketika dia sedang bersedih atau marah. Mungkin dia masih marah dan tidak
ingin melihat wajah anda, apatah lagi untuk memberi senyuman.
No comments:
Post a Comment