1. Pakaian Di Rumah Amat Penting - Jangan fikir dengan tanpa seurat pun
benang di tubuh anda, anda dapat dengan terus menaikkan ghairah suami
anda. Anda seharusnya memakai pakaian malam/tidur yang tipis agar dia
sentiasa bernafsu melihat anda. Jangan lemahkan semangatnya dengan
pakaian yang pudar dan tidak seksi.
2. Sentuhan Kasih Sayang - Kucupan
lembut dan usapan halus menggunakan hujung jemari anda mampu menggoda
suami dan menyebabkan dia terkulai manja di dalam dakapan anda.
3. Kejutan Halwa Mata - Suami akan mengagumi anda andainya anda
senantiasa membuat kejutan dari masa ke semasa untuk disaksikannya. Ini
termasuk, membuat perubahan daripada segi penampilan anda, seperti
dandanan rambut fesyen terbaru atau mengenakan pakaian dalam yang
terseksi yang baharu anda temui di gedung atau butik pakaian kegemaran
anda.
4. Membelai Nyata - Suami akan berasa lebih disayangi
jika anda pandai mengusap rambutnya. Apabila duduk bersama, belailah
rambutnya. Usaplah perlahan-lahan menyisir dengan jemari anda dari dahi
hingga ke belakang lehernya.
No comments:
Post a Comment